Monday, February 9, 2009

Melarang atau Menggalak?

Cerita yg agak menarik kali ini berkenaan seorang ahli keluarga Makcik Kiah (bukan nama sebenar) telah berpoligami dengan bernikah di negara jiran. Alkisah untuk memudahkan proses pernikahan memandangkan ada sedikit halangan dr pihak isteri.

Apa yg ingin saya kongsikan di sini berkaitan isu masyarakat yg umpama mengambil berat, tetapi dalam waktu yg sama mereka ini sebenarnya hanya melarang kita melakukan kebaikan.

Situasi yg berlaku dalam keluarga Makcik Kiah apabila si polan yg berpoligami ni nk buat kenduri kawin. Tak kira la besar atau tak, apabila dijemput.. apalah salahnya hadir utk meraikan pengantin yg berniat baik ingin memperkenalkan isteri pada ahli keluarga. Juga bertujuan memaklumkan bahawa mereka telah halal menjadi suami isteri. Mengadakan majlis kenduri kahwin ni kan untuk mengelak timbul fitnah.. bkn nk menunjuk2 yang dia ada 2 isteri.

Tetapi apa yg menarik, Makcik Kiah telah menolak pelawaan tersebut dengan alasan.. "tanak la pegi mcm kita menggalakkan pulak dia berpoligami". One thing aku agak bersetuju kerana ia agak obvious yg kita memberikan sokongan dgn menghadiri majlis tersebut. Len kali sure dia buat lagi sebab keluarga open minded.

But on the other hand, konsep memboikot majlis kenduri orang berpoligami ni umpama menggalakkan pula mereka ni melakukan maksiat... sebab masyarakat sentiasa menolak dan menidakkan poligami didalam Islam. Menghalang perkara yang halal dan menyukarkan perkara yang mudah.

Agama tidak pernah mengharamkan poligami. Sejak bila pulak manusia cukup kuasa utk mengharamkan diri sendiri dari menghadiri kenduri kahwin org yg berpoligami?

Lu pk la sendiri...

Monday, December 22, 2008

Hukum Isteri Melarang Suami Poligami

Soalan:


Apakah hukum dan kedudukan isteri yang memberikan kata dua kepada suami supaya menceraikannya jika berkahwin lagi, sedangkan suami mampu dari segi zahir dan batin untuk beristeri lebih seorang?


Suami juga taat kepada suruhan Allah dan bertanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak dan masih menyayangi isteri pertama dan tidak mahu menceraikannya.


Mahu Poligami,Kangar, Perlis.


Jawapan :


Haram hukumnya seorang isteri meminta cerai sedangkan suami mempunyai kemampuan dari segi pemberian nafkah dan sanggup berlaku adil.


Isteri tidak wajar memohon cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak seperti diriwayatkan daripada Aisyah R.A “Wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, haram ke atasnya bau syurga.” (kitab Nil Al-Awtar) kerana sesungguhnya hadis Rasulullah SAW juga menyatakan mengenai persoalan talak yang bermaksud “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak.” (kitab Mughni Muhtaj).


Oleh kerana itu talak dibenar dan disyariatkan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi membubarkan perkahwinan pasangan suami isteri bermasalah yang tidak menemui jalan penyelesaian lain.


Suami yang tidak mengikut permintaan isteri agar diceraikan tidak dianggap dayus selagi boleh mengekalkan kasih sayang dan keadilan.


Allah menyatakan lebih baik mengekalkan hubungan dan berbaik daripada memikirkan perceraian kerana mengundang lebih kemudaratan seperti fitnah kepada wanita, mengganggu keharmonian berkeluarga, menyukarkan persoalan pembahagian nafkah dan penjagaan serta pendidikan anak.


Ini dapat dilihat pada firman Allah SWT bermaksud “Dan jika seseorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya, maka tiada salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian antara mereka berdua secara sebaik-baiknya kerana itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai berai, sedangkan sifat bakhil (tidak suka memberi dan bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku, baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. (an- nisa’ : 128)


Sumber: http://www.bharian.com.my

Iklan - Surat Permohonan Poligami

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
__________________________________________________
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Nota : En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang..?".

Dah Takde Jantan Lain Ke? - Part I

Kekayaan bukan idaman isteri kedua.

Kalau minggu lalu saya berasa bertuah kerana bertemu dengan wanita yang mahu melahirkan isi hatinya mengapa dia tidak bercerai walaupun dimadukan, malah turut menasihati kaum wanita senasib dengannya supaya jangan minta cerai, minggu ini saya juga begitu gembira kerana bertemu dengan dua orang gadis yang menyatakan mengapa dia mahu berkahwin dengan suami orang.

Dalam e-mel pendek yang dihantarkan kepada penulis, Fitriah juga ingin bertemu muka untuk melahirkan isi hatinya mengapa dia mahu berkahwin dengan suami orang. Untuk menguatkan lagi hasratnya, beliau memberitahu hasratnya itu turut disokong oleh teman baiknya juga dari tempat kerja yang sama, yang juga bercinta dengan suami orang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Insya-Allah.

"Saya rasa kalau bercerita lebih mudah daripada menulis kerana tak tahu apa nak tulis, terlalu banyak hingga tak tahu mana nak mulakan, saya dah cuba beberapa kali, akhirnya saya cuma renung dan menung depan komputer beberapa minggu malangnya separa pun tak dapat saya lahirkan. Payah, jadi saya nak jumpa penulisnya sendiri minta pandangan, lagipun saya bekerja di KL tak jauh untuk datang bertemu,'' cerita Fitriah.

Oleh kerana penulis pun memang ada masa, maka hasratnya itu tidak dihampakan. Memang tepat bila dua orang gadis bercerita dan mencurahkan isi hati masing-masing, masa yang diperuntukkan selama sejam melarat lebih dua jam. Dan perbualan kami terpaksa dipendekkan bila masing-masing terpaksa bergegas ke tempat kerja masing-masing.

"Kerja periuk nasi kami, mesti diutamakan,'' kata mereka. Dipendekkan cerita, Fitriah bersama temannya Elly mengharapkan pendedahannya ini akan dapat menjelaskan lagi kekeliruan yang sering terbuku di dalam hati kaum wanita apabila suami kahwin lagi, mereka akan menuduh wanita yang mengahwini suami mereka sebagai perampas suami orang. Bagaimanapun sebelum memulakan cerita Fitriah sekali lagi bertanya daripada hati ke hati, apakah penulis antipoligami, kalau penulis mempunyai anggapan sedemikian, maka dia akan balik dan tidak perlu bercerita panjang, buat membuang masa sahaja kerana penulis akan berat sebelah kalau menulis.

"Memang saya sering mengikuti kisah-kisah yang puan paparkan sejak beberapa tahun lalu, kerana saya pun peminat ruangan ini, begitu juga ibu saya, dan saya faham pendirian puan, tetapi hari ini saya mahu bertanya daripada hati ke hati apa pendapat puan, lepas ini saya akan lebih berpuas hati,'' katanya. Dan setelah diperjelaskan lagi untuk sekian kalinya, barulah Fitriah lebih yakin dan bersedia untuk bercerita dengan hati lebih terbuka tanpa menyembunyikan isi hati dan rahsia mereka ketika ditanya. Begitu juga Elly. Mereka menjadi lebih terbuka dan lebih berkeyakinan untuk bercerita.

"Sebenarnya biarlah saya berterus terang bahawa dahulu semasa masih remaja, saya pun antilelaki berpoligami, malah saya sering menyalahkan mereka yang sanggup bermadu. Hinggakan saya gelarkan mereka perempuan jahat sebab sanggup ambil suami orang, sedangkan dia sudah ada anak, tetapi kini yang sedihnya saya pula melakukan perkara yang saya kutuk dahulu dan tidak pernah terfikir untuk melakukannya."

"Bila berada dalam keadaan ini baru saya benar-benar faham mengapa suami mahu berpoligami dan ada wanita yang sedia berkahwin dengannya. Sebenarnya kami dan wanita yang segolongan kami bukannya merampas suami anda, tetapi kami cuma ingin berkongsi suami anda, kami ingin menumpang kasih dan sama-sama membina istana bahagia di samping meramaikan lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. di muka bumi ini. Tak lebih daripada itu, kami bukan merampas hak anda kesemuanya, malah biasanya kami yang turut membantu suami anda yang dalam kesempitan. "

" Kami bekerja, kami tahu tahap kemampuan suami puan, tambah-tambah kami dalam bidang pekerjaan yang lebih kurang sama, kami tahu suami puan tak mampu kerana sudah beristeri dan mempunyai beberapa orang anak, sedangkan kami belum berkahwin lagi. Kalaupun berbeza tak banyak sebab suami anda mungkin telah bekerja lebih lama daripada kami. Tapi kami tahu tahap kemampuannya."

"Dan saya tahu anda akan berkata kalau dah tahu suami mereka tak mampu mengapa masih mengambil suami mereka? Bab ini anda perlu faham, apakah anda fikir kami gadis-gadis ini suka sangat nak kahwin dengan suami orang, kami juga ingin kahwin orang bujang, tetapi apa boleh buat, suami orang juga yang telah ditentukan oleh Allah menjadi suami kami. Sudah takdir, jodoh pertemuan di tangan Allah jua."

"Macam saya memang asalnya saya pun antipoligami, sebab itu saya berusaha mencari anak teruna, yang sebaya dan lebih sedikit usianya daripada saya, tetapi kedua-duanya tak sesuai. Sebagai contoh berjanji makan pukul 1 petang, pukul 2 petang tak sampai, lepas pukul 4 dia telefon minta maaf, ajak makan pukul 8 malam, kita pun tunggu bagai nak rak, `ampeh', pukul 12 telefon minta maaf lagi."

"Kalau sekali dua dia buat hal macam ini, kita masih boleh maafkan, tetapi memanjang macam ni, siapa tak sakit hati. Yang seorang lagi, cakap berdegar-degar orang berduit konon, dia fikir kita kelabu mata, tapi bila makan dia suruh kita belanja, dengan pelbagai alasan yang dah kita boleh ramalkan pembohongannya."

"Tapi dengan suami orang nama Faizal ini lain sikit, berjanji sentiasa ditepati, ambil berat keselamatan kita dan amat memahami. Saya pun tak pernah demand supaya dia sentiasa ada dekat saya, saya faham dia suami orang, setiap hari minggu dia bersama keluarganya, hanya waktu bekerja kami bersama. Saya pun tak minta dia bawa saya berjalan setiap hari cuti."

"Setelah berkawan lebih dua tahun, kami bercadang berkahwin. Ibu saya walaupun pada mulanya membantah, tetapi kerana saya begitu mendesak, akhirnya ibu dan ayah mengikut, kami rancang nak nikah di kampung aja, begitu pesan ibu."

"Faizal sudah pun mendapatkan kebenaran di tempat kerja kami, tunggu kebenaran isteri pertamanya sahaja yang mungkin mengambil masa agak panjang. Tak tahu bila. Tapi kami dah nekad untuk berkahwin juga satu hari nanti, kalau keadaan memaksa mungkin kami nikah di seberang ataupun ke Siam. Lepas itu baru nikah semula di kampung."

"Isterinya sudah tahu hubungan kami, kalau dia nak bantah pun itu hak dia, tapi kami tetap akan nikah juga, sama ada dia akan merelakan atau sebaliknya. Keputusan di tangan dia. Kalau isteri Faizal nak tuduh saya mengawal atau merampas suaminya, dia boleh nilai sendiri, apakah selama kami berkawan, bercinta pernah saya sekat Faizal balik ke rumah. Malah dia lebih sayangkan isterinya lagi, kerana itu Faizal berusaha untuk memberi keadilan kepada isterinya juga kepada saya bila kami nikah nanti."

"Kalau wang menjadi isu, sepatutnya dia berterima kasih kepada saya. Saya tidak pernah menyekat apa yang diberikan pada isterinya, maklum isterinya tak bekerja. Malah lebih baik dari dahulu. Saya tidak pernah meminta atau mendesak Faizal jangan memberi nafkah kepada anak-anak isterinya, malah sayalah yang sering mengingatkan dia supaya jangan aniaya anak-anak. Sebab rezeki yang didapatinya itu adalah berkat doa anak-anak yang ditentukan Allah."

"Tapi satu perkara yang saya minta jangan menyembunyikan perkahwinan kami, mesti berterus terang. Saya tak kisah orang kampung atau teman pejabat nak kata apa pun, sebab mereka pun wanita, manalah tahu adik, anak atau saudara mereka juga satu hari nanti akan berkahwin dengan suami orang juga."

"Memang pada awalnya saya diserang di pejabat, macam gempa bumi, hiruk-pikuk dia di pejabat, saya pun pernah kena serangan tsunami. Tapi saya tabah, dah jodoh kami. Saya beritahu dia lebih baik dia tahu daripada kami bersembunyi lebih menyakitkan hati, dan saya nasihatkan Faizal supaya terus terang dengan isterinya. Begitu juga anak-anak. Biar mereka faham, kerana saya tak mahu Faizal melupakan tanggungjawabnya di rumah, saya pun takut balasan Allah kerana kegagalannya."

"Sejak berkawan dengan Faizal tak kurang lima kali saya kena serangan gempa bumi dan tsunami. Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk berkahwin dengan Faizal, malah Faizal menjadi lebih berani berterus terang kepada isterinya tentang hubungan kami dan dia akan tetap berkahwin dengan saya."

"Kini isterinya tak buat gempa bumi lagi di pejabat, tetapi dia sering menyerang dan memaki hamun saya di telefon. Saya cuma mengingatkan dia jangan marahkan saya sangat, kakak pun ada anak perempuan, apa kata kalau dia ikut jejak saya bila besar nanti, siapa tahu, ini urusan Allah, tak ada siapa boleh menghalang. Aman sikit beberapa minggu, lepas itu serang lagi. Tapi saya dah lali, nak marah, marahlah! Kami tetap akan berkahwin juga dalam masa terdekat ini."

"Faizal cukup setia dan teruskan hasratnya, setiap pagi dia akan mengambil saya di rumah untuk ke pejabat, tengah hari makan bersama (bukan selalu), petang hantar saya balik selepas makan petang. Inilah rutin kami setiap hari. Waktu malam, hari Sabtu dan Ahad dia tetap bersama keluarganya. Namun satu janji Faizal dia akan pergi berhari raya di kampung saya setiap dua Hari Raya. Pada saya itu sudah adil."

"Bila dah kahwin saya minta dia jelaskan sewa rumah sahaja, soal makan minum saya yang uruskan, kalau dah ada anak nanti dia kenalah tambah mana-mana yang perlu. Tapi saya tidak akan menyekat rezeki anak-anak dan isterinya yang pertama."

"Saya sedar saya berkongsi suami, berkongsi segala-galanya, tetapi isteri pertamanya juga kenalah berkongsi juga, dan apa yang lebih penting Faizal mesti berlaku adil."

"Sebenarnya dulu saya pernah beberapa kali menjauhkan diri daripada Faizal, saya ikut kawan-kawan enjoy waktu malam, tujuan saya bila dia tengok saya kaki enjoy tentu dia tinggalkan saya kembali pada isterinya, tetapi tak menjadi, dia tetap sabar nasihatkan saya jangan nak rosakkan diri, kalau kami tak ada jodoh tak apa. Lepas beberapa bulan hubungan kami bersambung balik, sebab Faizal tidak pernah putus asa, malah sentiasa menasihati dan mengambil berat hidup saya.''

Demikian cerita Fitriah. Kisah Elly lebih teruk lagi, dah lebih empat tahun berkawan masih belum berkahwin, sebab dia sentiasa diserang oleh isteri kekasihnya Azman. Tahun lalu mereka rancang nikah di Siam, tetapi selatan Siam huru-hara, bom sana bom sini, rancangan terpaksa tangguh dulu.

"Namun kami akan nikah juga walaupun tak dapat keizinan dan cara yang baik."

"Kalau orang kata poligami cuma untuk orang kaya, itu tidak benar, golongan sederhana lebih ramai. Dan cabarannya lebih hebat lagi bayangkan bila orang kurang gunakan otak bertindak main mulut dan kekerasan."

"Berapa kali kami terserempak, dan berapa kali kereta saya kena kejar. Kalau tak lari nahas hancur kereta, berapa kali kereta Azman pecah cermin, bila kena ganti siapa susah. Bila suami susah, keluarga pun susahlah, tapi isterinya tak faham. Asalkan hatinya puas,'' cerita Elly pengalaman pahitnya. Kesimpulannya kata Fitriah dan Elly mereka ingin berkahwin dengan suami orang bukan kerana kekayaannya.

"Malah pendapatan mereka lebih kurang sama dengan kami, cuma kami mahu berkongsi hidup, kami ingin menjadi isteri yang soleh, kami tak rampas hak wanita keseluruhannya, cuma berkongsi kasih. Bukan kekayaan yang kami kejar, sebaliknya ia sudah ditakdirkan kepada kami, takkan pembaca semua tidak percaya kepada qadak dan qadar yang telah ditentukan-Nya?''

~dipetik dr utusan online~

Perampas

Menurut kajian yang telah saya buat.. takyah kajian pun sebab perkara ni dah biasa didengar sebenarnya hehe.. majoriti mengatakan orang ketiga ini sebagai perampas suami orang. Kalau kita google perkataan "perampas" ni.. keluar la cerita-cerita seperti 'Siti Nurhaliza perampas suami orang', 'Fasha Sandha rampas suami Nora Danish' dan yang terbaru kisah Julia Ziegler pulak dikaitkan dengan suami orang termasuk Memey yang menjadi punca perceraian Abby dan Norman Hakim.

Tak kurang hebat kisah Noraniza Idris dan Azharina yang pernah berkahwin dengan suami orang juga baru-baru ini dijemput berforum dalam satu rancangan televisyen swasta. Apa yang kita lihat sebagai "perampas" ini apabila seseorang itu ada hubungan dengan suami orang, tak kiralah samada suami orang tu bahagia atau tidak dengan isteri pertamanya.

Pendek kata, walau apa pun alasan si suami untuk berkahwin lagi.. orang ketiga tetap dilabel sebagai "perampas suami orang". Apa yang ingin saya paparkan disini adalah, kisah mereka yang berkahwin secara rahsia samada tidak mendapat izin isteri pertama atau ingin menjaga hubungan baik dengan isteri pertama dan anak-anak, maka perkahwinan rahsia amat diperlukan.

Waima perkahwinan itu rahsia atau tidak, bila rahsia terbongkar, tetaplah wanita itu disebut sebagai perampas suami orang sedangkan selama bertahun atau berbulan berkahwin, si wanita tersebut tidak pernah dapat keadilan dari suami berbanding isteri yang tua. Nak adil macamana kalau kawin kene senyap-senyap, nak jumpa pun kene senyap-senyap.

Bilamana hendak berjalan bersama-sama, bimbang akan diketahui orang yang dikenali yang mungkin akan menyampaikan kepada isteri. Nak honeymoon..? Kalau dapat pun kira bernasib baik la dapat 'goreng' sket isteri tu yang si suami kene outstation kerana tugas. Tu pun, itulah satu-satunya vacation yang ada sepanjang hidup sebagai suami isteri.

Kalau hari-hari biasa, jumpa pun kene sorok-sorok. Sah-sah ler bila waktu malam kene balik rumah isteri tua, sebelum tembelang pecah. Hujung minggu, masa dengan isteri tua termasuk menghadiri majlis-majlis rasmi.. sudah tentu suami hanya boleh bawa isteri tua.

Apa jadi pada isteri yang disorokkan tu?

1. Hantar servis kereta.. sendiri. Kene tipu dengan pomen tu pun.. ikut jer la bukan dia tau psal kereta pun, sedangkan kereta isteri tua.. suami yang uruskan segalanya.

2. Pegi shopping.. sendiri. Tiap-tiap hujung minggu, suami bawak isteri tua shopping merata-rata tempat termasuklah Bangkok, Jakarta dan Kuching.

3. Sakit..? Sendiri kasi bawak diri pergi klinik lahhh. Sedangkan isteri tua, demam sikit jer suami kene balik rumah awal sebab nak kene tolong jaga anak-anak. Nak picit kepala bini. Tolong suapkan ubat et cetera..

4. Asal pergi rumah saudara mara disambut dengan " suami mana? sorang jer ker?" itu jer lah soalan yang akan didengar tiap kali melawat saudara rather than, "mari la masuk". Tapi kalau isteri tua, tak pernah walau sekali isteri melawat saudara mara tanpa suami. Dia nak bising tak boleh, kata orang.. "sapa suruh kawin suami orang? kene la beralah".

Dimana isu perampas di sini? Saya sendiri merasakan jadi isteri ke-2 ni umpama dialah isteri tua kerana ironinya manusia memperkatakan atau yang sering ditonjol dalam drama-drama melayu bahawa suami yang berkahwin lebih dari satu akan mengabaikan isteri tua.. sedangkan apa yang saya lihat adalah sebaliknya.

Isteri-isteri muda yang lebih terpinggir dalam segala occassion yang berlaku dalam hidup suami. Kerana itu juga, kisah dalam item ke-3 di bawah menjadikan mereka lebih menghadapi masalah mental yang kronik kerana mereka yang menelan segala kepayahan sebaliknya mereka juga yang ditohmah dengan pelbagai gelaran sehingga ada yang kehilangan sahabat karib hanya kerana mereka ditakdirkan menjadi isteri ke-2.

Bayangkan, isteri ke-2 dah bersusah payah segalanya kerana memberi laluan kepada isteri tua sebaliknya sang suami bertindak kahwin lagi, tidak hairan mengapa ramai isteri kedua yang cuba bunuh diri. Orang kata "dulu dia rampas suami orang takpe, bila orang lain rampas suami dia tak boleh pulak". Nahh!! Isu rampas sekali lagi timbul. Pengorbanan yang diberikan selama ini, segala masa dan haknya diabaikan.. inikan pula suami ingin kongsikan dengan orang lain? Sedangkan 2 pun terkial-kial.. inikan pula 3.

Bagi mereka yang masih waras, buat apa la nak bunuh-bunuh diri. "Ceraikan i!" Itu sudah cukup 'membunuh jiwa' si suami. Dia sendiri bagi tak pernah cukup, inikan pula nak dikongsikan dengan 3.. makin ler takde masa untuk yang no. 2. Berpisah adalah jalan terbaik, bukan untuk menunjukkan protes tetapi sedangkan jadi yang no. 2 pun tak bahagia mana, inikan pula ada yang 3. Lebih baik la hidup sendiri lebih membahagiakan.

Tuesday, December 16, 2008

Seconder

1. Ramai orang kecam isteri muda.. dengan alasan dah rampas suami orang.

2. Statement "macam takde jantan lain dlm dunia ni!" seringkali dilepaskan kepada isteri2 muda

3. Bila keluar isu "isteri muda bertindak terjun bangunan apabila suami ingin berkahwin lagi" menjadikan isteri muda dilabel sebagai "lupa diri " - dh rampas suami orang.. pandai plak dia tak bagi suami kawin lain

Saya akan kupas isu ini dengan lebih lanjut dan beberapa isu lain untuk memberikan persepsi berbeza dari pihak yang ditindas.. so call lah.. walau mungkin tak ramai yang setuju dengan perkataan tu. Tetapi selepas saya kupaskan lebih lanjut, anda mungkin akan bersetuju bahawa isteri muda adalah golongan yang ditindas.

Kata orang.. tidak adil cuma dengar sebelah pihak. Kita cuba pelajari apa yang dilalui oleh pihak yang lain agar kita lebih menghargai kehidupan yang kita lalui.